TEHRAN, 21 Ogos – Iran membuat keputusan untuk tidak menghantar lagi duta ke Sweden selepas tempoh wakil negaranya berakhir, tidak lama lagi.
Tindakan berkenaan dibuat sebagai tanda protes tindakan keji puak anti-Islam yang mencetuskan provokasi terhadap kitab suci umat Islam.
Terdahulu, duta Sweden dan Denmark dipanggil secara berasingan oleh Menteri Luar Iran sebagai menyatakan bantahan terhadap tindakan negara berkenaan yang membenarkan rakyatnya membakar al-Quran.
Pengarah Jabatan Hak Asasi Manusia di Kementerian Luar mengecam perbuatan keji dan biadap berkenaan.
Malah, menegaskan kebebasan bersuara datang dengan ‘tugas dan tanggungjawab’ sambil menggesa wakil kedua-dua negara mematuhi artikel 19 dan 20 Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak Sivil dan Politik.
Dalam kejadian terbaharu, ekstremis Islam di Sweden, Salwan Momika meneruskan tindakan membakar al-Quran di kedutaan Iran di Stockholm.
Susulan kejadian berkenaan, Iran memanggil duta Denmark dipanggil pada 22 Julai, sehari selepas penunjuk perasaan sayap kanan itu melakukan tindakan keji dengan membakar naskhah al-Quran di hadapan kedutaan Iraq di Copenhagen.
Malah, wakil Sweden juga dipanggil pada 21 Julai apabila jurucakap Menteri Luar, Nasser Kanaani menegaskan Stockolm perlu bertanggungjawab apabila mencetuskan sentimen umat Islam.