in

Kopi percuma untuk warga Sang Riang

Penghuni rumah kebajikan warga emas Sang Riang menerima kopi percuma sumbangan Old Tea Cafe

BERA, 16 Jun – Seorang ahli perniagaan menyediakan minuman kopi diimport khas dari Thailand sebagai hadiah kepada penghuni Rumah Kebajikan Warga Emas Sang, dekat sini.

Sumbangan itu sebagai tanda prihatin terhadap warga emas yang menetap di situ.

Terdapat kira-kira 400 warga emas terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama menghuni rumah kebajikan itu sejak beroperasi lebih 10 tahun lalu.

Pemilik Old Tea Cafe, Tan Yong Yang berkata, tujuan utama dia menyediakan minuman percuma itu adalah sebagai tanda penghargaan kepada pemilik rumah kebajikan berkenaan dalam masa sama meraikan warga emas yang tinggal di situ.

Pengerusi Rumah kebajikan Warga Emas Sang Riang, Yap Yoke Moey (depan) bersama pemilik Old Tea Cafe, Tan Yong Yang

“Saya ambil inisiatif ini ssbagai tanda terima kasih kepada mereka dan memberi peluang kepada penghuni di sini menikmati rasa kopi yang lebih istimewa.

“Aroma kopi terbaik dari Thailand ini diadun khusus untuk penggemar kopi dan juga mereka yang mementingkan kesihatan,” katanya.

Sementara itu, pengerusi Sang Riang, Yap Yoke Moey sangat terharu dengan kesudian pihak Old Tea Cafe menyumbang minuman kopi istimewa kepada penghuni rumah kebajikan itu.

“Rasa kopi ini lebih lemak tapi tidak terlalu manis dan sesuai untuk warga emas di Sang Riang,” katanya. – nasionalkini.my

BERITA BERKAITAN

61582204900 DATUKSAIFUDDINABDU

Ambalat: PM perlu beri penjelasan kepada rakyat

Ada ‘warlord’ UMNO Pahang mungkin sertai PN