KUANTAN, 11 Jun – Seramai 15 ahli kelab berbasikal RFE Cycling Team melakukan kayuhan amal ke Maahad Al-Quran Tok Montok, dekat Pekan, pagi tadi.
Kayuhan amal itu adalah bagi menyantuni dan memberikan sumbangan kepada pelajar maahad berkenaan.
Presiden RFE Cycling Team, Rustam Hashim, 40 tahun mengetuai pasukan berbasikal itu bagi program yang bermula sekitar jam 7 pagi.

Antara program sampingan yang diadakan adalah senam robik yang turut disertai kira-kira 20 pelajar maahad itu.

Peserta kayuhan dari RFE Cycling Team turut diraikan dengan jamuan sarapan pagi oleh pihak pengurusan maahad. – nasionalkini.my