in

Ambalat: PM perlu beri penjelasan kepada rakyat

61582204900 DATUKSAIFUDDINABDU
Perdana Menteri dan Menteri Luar digesa memberikan penjelasan terperinci termasuk persembadanan membabitkan blok Ambalat.

OLEH: AD Zafir

KUANTAN: Rakyat di negara ini berhak mendapat penjelasan berhubung dua isu membabitkan sempadan maritim Malaysia-Indonesia yang ditandatangani antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Presiden Indonesia, Joko Widodo sekitar awal Jun lalu.

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, Anwar dan Menteri Luar , Datuk Drdigesa memberikan penjelasan terperinci termasuk persembadanan membabitkan blok Ambalat.

Menurutnya, ini bagi tidak menimbulkan sebarang spekulasi berkaitan isu terbabit.

“Perkara berhubung sempadan maritim Malaysia dan Indonesia itu terdapat lebih daripada dua isu, namun yang ditandatangani hanya dua… jadi menimbulkan persoalan bagi kawasan yang digelar Ambalat.

“Persoalamnya, adakah ia termasuk dalam dua perjanjian yang ditandatangani itu… sebagai bekas Menteri Luar, saya tahu jawapannya tetapi saya tidak boleh jawab kerana diluar kuasa saya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam satu skdang media di Pusat Khidmat Parlimen Indera Mahkota, Indera Mahkota 8, di sini, hari ini.

Blok laut Ambalat adalah seluas 15,235 kilometer persegi terletak di Selat Makassar dan mempunyai potensi luar biasa terutama membabitkan hasil minyak.

Terdapat satu titik perlombongan di Ambalat yang mempunyai simpanan potensi 764 juta tong minyak dan 1.4 trilion kaki padu gas.

Sementara itu, Saifuddin juga bekas Menteri Luar berkata, beliau tidak mempunyai masalah berkenaan perjanjian tersebut.

Jelasnya, perkara tersebut pernah dirunding ketika beliau memegang jawatan Menteri Luar.

“Cadangan untuk tandatangan dua perkara itu telah pun dibawa oleh Perdana Menteri ketika itu, iaitu Datuk Seri Ismail Sabri sewaktu bertemu Presiden Indonesia.

“Cuma ia tidak sempat untuk di tandatangan,” katanya. -nasionalkini.my

WhatsApp Image 2023 06 16 at 12.44.21 PM 1

Gara-gara curi seluar dalam, lelaki Bangladesh dipenjara 3 bulan

IMG 20230616 152022 800 x 500 pixel

Kopi percuma untuk warga Sang Riang