in

Jalan alternatif Forest City siap Rabu ini

Jalan alternatif sepanjang satu kilometer akan dibina susulan kejadian mendapan tanah di Jalan Forest City-Pelabuhan Tanjung Pelepas dekat Iskandar Puteri, petang semalam - Gambar oleh Bomba

ISKANDAR PUTERI, 24 Julai – Pengurusan Forest City akan membina jalan alternatif sepanjang satu kilometer susulan kejadian mendapan tanah di Jalan Forest City-Pelabuhan Tanjung Pelepas dekat Iskandar Puteri, petang semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri, Mohamad Fazli Mohamad Salleh, berkata pembinaan jalan alternatif yang bermula malam tadi, akan mengambil masa 48 jam dan dijangka siap sepenuhnya pada 26 Julai ini.

“Setelah berbincang dengan pihak pemaju, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dan Jabatan Kerjaraya (JKR), beberapa perkara telah diputuskan.

“Jalan keluar dari Forest City ditutup sepenuhnya manakala jalan masuk ke Forest City dijadikan laluan keluar dan masuk untuk kenderaan ringan dua hala dengan kawalan ketat polis trafik.

“Semua pihak dinasihatkan mengurangkan pergerakan keluar masuk ke Forest City buat masa ini dan semua kenderaan berat dilarang sama sekali,” katanya ketika dihubungi BH di sini, hari ini.

Jalan alternatif sepanjang satu kilometer akan dibina susulan kejadian mendapan tanah di Jalan Forest City-Pelabuhan Tanjung Pelepas dekat Iskandar Puteri, petang semalam – Gambar oleh Bomba

Mohamad Fazli berkata, pihak JKR sedang memantau pergerakan tanah di kawasan itu.

Katanya, kajian segera sedang dibuat sebelum apa-apa tindakan selanjutnya dilakukan.

“Semua pihak diminta untuk terus mematuhi arahan pihak berkuasa dan mengambil langkah keselamatan yang perlu,” katanya.- nasionalkini.my

Jenazah Salahuddin akan disemadi sebelah kubur bapa, datuk

Tengku Mahkota Kelantan pilih Johan nama putera sulung