in

Jenazah Salahuddin akan disemadi sebelah kubur bapa, datuk

IMG 20230724 092449 800 x 500 pixel
Jenazah tiba di Masjid Jamek Dato’ Hj Noh Gadot, Serkat, Pontian untuk urusan solat jenazah - Gambar oleh Sinar Harian

PONTIAN, 24 Julai – Jenazah Datuk Seri Salahuddin Ayub akan disemadikan berhampiran kubur bapanya, Ayub Umar dan datuknya, Awang Abdul Hamid di Tanah Perkuburan Jalan Sulong, Kampung Serkat, di sini hari ini.

Urusan menggali liang lahad sedang dilaksanakan sementara menanti ketibaan jenazah.

Menurut seorang penduduk kampung, Alias Harun, 71, jenazah akan disemadikan berhampiran kubur bapa dan datuknya itu, lapor Sinar Harian.

Ketika ini, jenazah berada di Masjid Jamek Dato’ Hj Nob Gadot, Serkat, bagi urusan solat jenazah dan akan dibawa ke tanah perkuburan sekitar 11 pagi untuk disemadikan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menghembuskan nafas terakhir pada jam 9.23 malam di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah pada usia 61 tahun.- nasionalkini.my

IMG 20230717 081833 800 x 500 pixel

Saya kehilangan sahabat yang setia – PM

IMG 20230724 093354 800 x 500 pixel

Jalan alternatif Forest City siap Rabu ini