in

Siling kapur pasar raya runtuh

IMG 20230710 144319 800 x 500 pixel
Gambar hiasan

CHERAS, 1 Ogos – Suasana gempar seketika apabila siling di sebuah pusat beli-belah dekat Bandar Mahkota Cheras, dekat sini runtuh tengah hari tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 12.37 tengah hari.

Menurutnya, kejadian terbabit melibatkan siling kapur yang jatuh pada anggaran ketinggian 70 kaki di ruang tengah pasar raya dan terhempas ke tingkat bawah (ground floor).

“Pihak bomba membuat pemantauan di lokasi kejadian yang mempunyai tiga tingkat bangunan.

“Tiada mangsa yang cedera dalam kejadian terbabit,” kata kenyataan itu lapor Sinar Harian.

Sebuah jentera bomba jenis LFRT bersama lima petugas dari balai bomba Bandar Tun Hussein Onn dikejarkan ke tempat kejadian.- nasionalkini.my

IMG 20230801 152930 800 x 500 pixel

Rafizi, Syahir debat Rabu depan

IMG 20230801 174215 800 x 500 pixel

Penunggang motosikal curi lori Gardenia