in

10 kenderaan rosak dihempap struktur bangunan runtuh

Gambar oleh Orang Awam

KUALA LUMPUR, 16 Ogos – Sekurang-kurangnya 10 kenderaan rosak teruk apabila struktur rasuk pada bumbung sebuah bangunan komersial lima tingkat di Jalan Kuchai Lama, di sini runtuh malam tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10.40 malam membabitkan Blok A, Bangunan Sri Desa Kuchai di Kuchai Entreprenuers Park, di sini.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, pemeriksaan awal Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mendapati tiada mangsa terbabit dalam kejadian ini.

“Sebaik dimaklumkan orang awam mengenai kejadian ini, pihak polis mengambil langkah mengepung dan menutup keseluruhan kawasan bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

“Pada masa sama JBPM yang melakukan pemeriksaan di setiap tingkat mendapati tiada mangsa terbabit,” katanya ketika sidang media di lokasi kejadian, lapor BH.

Amihizam berkata, pada masa ini pihak polis dan bomba mengambil langkah menutup bangunan berkenaan daripada sebarang aktiviti sehinggalah pihak berkuasa berkaitan mengesahkan bangunan benar-benar selamat.- nasionalkini.my

mayat

Hilang tiga hari, mayat suami ditemui dalam longkang

Norhidayah pesan Ali Puteh bayar hutang