in

Tengku Mahkota Kelantan pilih Johan nama putera sulung

Dr Tengku Muhammad Faiz (kiri) dan Sofie Louise Johansson bersama putera sulung baginda yang diberi nama Johan

KOTA BHARU, 24 Julai – Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Faiz Petra dan Che Puan Mahkota Kelantan, Sofie Louise Johansson Petra menamakan putera sulung baginda dengan nama Johan.

Perkara itu diumumkan oleh Sofie Louise Johansson menerusi hantaran di Instagram miliknya malam tadi, lapor KOSMO.

“Welcome to the world baby Johan,” tulisnya.

Sofie Louise Johansson selamat melahirkan anakanda pertama di Hospital Universiti Sains Malaysia Malaysia (HUSM) di sini pada 17 Julai lalu.

Unit Media Pejabat Sultan Kelantan dalam satu kenyataan berkata, Che Puan Mahkota Kelantan bersama anakandanya berada dalam keadaan selamat dan sihat walafiat.

Dr Tengku Muhammad Faiz dan Sofie Louise Johansson melangsungkan perkahwinan pada 19 April 2019.

Istiadat akad nikah pasangan itu diadakan di Istana Balai Besar yang disempurnakan Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhammad.

Istiadat tertutup secara sederhana tersebut dimeriahkan lebih 300 tetamu terdiri daripada kerabat Diraja dan kenalan terdekat sahaja.- nasionalkini.my

Jalan alternatif Forest City siap Rabu ini

Kediaman ibu Allahyarham Salahuddin dikunjungi pemimpin, ahli keluarga