in

8 sekeluarga pindah akibat banjir kilat

Gambar oleh Bomba Pahang

KUANTAN, 10 Ogos – Hujan lebat sejak malam tadi mengakibatkan lapan sekeluarga di Kampung Sri Jaya, dekat Maran dipindahkan kerana kediaman mereka dinaiki air.

Pegawai Perhubungan Awam Bomba Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, operasi memindahkan keluarga itu dilakukan kira-kira jam 5 pagi tadi.

“Seramai sembilan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Maran terbabit dalam operasi itu.

“Kawasan kediaman mangsa berada berhampiran klinik kesihatan Sri Jaya, Jalan Gambang – Maran dan kedalaman air di kawasan itu 0.5 meter.

“Pasukan bomba menggunakan bot aluminium bagi proses memindahkan mangsa ke tempat lebih selamat,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.- nasionalkini.my

4 cedera MPV langgar kereta kebal

denmark bakar

Lagi tindakan biadab cemar al-Quran di Denmark