in

DBKL sita premis warga asing

IMG 20230602 111036 6 x 4 inch
Penguat kuasa DBKL menyita sebuah premis perniagaan yang dijadikan sebagai tempat penyimpanan, pelihara dan jualan haiwan hidup di Pusat Bandar Utara Selayang, Kuala Lumpur kelmarin - Gambar oleh DBKL

KUALA LUMPUR, 2 Jun – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyita sebuah premis perniagaan di Selayang kerana dijadikan pusat penyimpanan, pelihara dan jualan haiwan ayam serta itik hidup yang dikendalikan oleh warga asing dari Myanmar.

Dalam satu kenyataan pihak berkuasa tempatan itu, tindakan diambil di Pusat Bandar Utara, Selayang di sini, semalam kerana menimbulkan kacau ganggu awam melibatkan isu kekotoran, halangan laluan dan bau busuk sekitar kawasan terdekat.

Katanya, langkah itu dibuat menerusi Operasi Tindakan Khas melibatkan Jabatan Penguatkuasaan dan Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL.

“DBKL mengeluarkan 1 Notis Menghendaki Kacau Ganggu Dihapuskan dibawah Seksyen 82, Akta Kerajaan Tempatan 1976.

“Satu notis kompaun warga asing mengendalikan premis tanpa kebenaran dibawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016,” kata kenyataan itu dalam akaun laman sosial DBKL yang disiarkan hari ini.

Jelas kenyataan itu, pihaknya turut mengambil tindakan menutup serta merta premis berkenaan melalui Seksyen 101(1)(v) Akta Kerajaan Tempatan 1976.

“Jabatan Penguatkuasaan turut menyita barang perniagaan premis berkenaan dan menghantar ke Setor Sitaan DBKL untuk proses dokumentasi lanjut,” katanya.

DBKL turut mengingatkan mana-mana pemilik premis perniagaan sentiasa mematuhi syarat lesen yang ditetapkan oleh pihak berkuasa dan tidak menimbulkan sebarang kacau ganggu di tempat awam. – nasionalkini.my

IMG 20230602 095302 6 x 4 inch

Atasi sakit sendi dengan senaman

IMG 20230524 132759 6 x 4 inch

Dalang sindiket penipuan cuba rasuah polis kena reman