in

1,000 unit kediaman baharu di Johor Bahru, Kluang

Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Akmal Nasrullah Mohd Nasir

Oleh Luth Adwa

JOHOR BAHRU, 24 Jun – Sebanyak 1,000 unit kediaman baharu menerusi dua projek Program Perumahan Rakyat (PPR) akan dibina di Johor Bahru dan Kluang tahun ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, perincian tentang pembinaan dua PPR itu masih dalam tempoh perbincangan dengan kerajaan negeri.

“Apa sudah selesai perbincangan, perinciannya akan dimaklumkan.

“Bagaimanapun, kita sudah menerima maklum balas dan ia positif,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan acara JB Neon Recreational Night: Lestari Fun Run & Ride di Dataran Bandaraya Johor Bahru di sini.

Akmal Nasrullah yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru diminta mengulas perkembangan dua projek PPR baharu yang sebelum ini diumumkan bakal dibina di negeri ini.

Mengulas peruntukan RM23 juta yang diumumkan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) sebelum ini bagi menaik taraf infrastruktur awam di Johor, Akmal Nasrullah berkata, semua kerja naik taraf itu sudah diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Peruntukan yang diumumkan itu, sebagai contoh untuk menyelenggara dan naik taraf 28 kolam takungan air di seluruh Johor. Kita sudah serahkan kepada PBT bagi menguruskan projek berkenaan,” katanya. – nasionalkini.my

BERITA BERKAITAN

2 pelajar SMK Saujana wakil Kejohanan Kriket Peringkat Asia 2023

IMG 20230624 WA0035

PN tiada ‘abang besar’ – Muhyiddin