KUANTAN, 22 Jun – Timbalan Setiausaha Kerajaan Pahang (Pembangunan), Datuk Razihan Adzharuddin dilantik sebagai Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuantan.
Menteri Besar Pahang, Datuk Sri Wan Rosdy Wan Ismail hari ini menyerahkan surat pelantikan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuantan kepada Razihan di Wisma Sri Pahang di sini.
Wan Rosdy dalam pada itu mengucapkan syabas dan tahniah atas pelantikan ini.
“Saya percaya atas pengalaman luas dalam bidang pentadbiran terutamanya sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan Pahang (Pembangunan) sebelum ini, beliau mampu menggalas tanggungjawab baharu ini,” katanya. – nasionalkini.my