Oleh Adnan Mohamad
SETIU, 24 Jun – Dua pelajar menjadi kebanggaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saujana di sini, apabila mereka terpilih bagi menyertai Kejohanan Kriket Peringkat Asia 2023 Zon Timur Bawah 16 Tahun yang akan berlangsung bermula esok hingga 4 Julai depan.
Mereka adalah Muhammad Fatri Mohd Zulkifli, 16 tahun dan Muhammad Fathul Muin Kamarudin, 14 tahun dan akan menyertai kejohanan itu yang turut disertai oleh peserta dari tujuh negara.
Antara negara itu adalah Thailand, Nepal, Hong Kong dan Maldives.
Kejohanan akan diadakan di Bayuemas Oval, Klang dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi.

Kejohanan itu terbahagi kepada dua kumpulan dan Malaysia, Nepal dan Thailand diundi dalam Kumpulan A manakala Singapura, Hong Kong, Maldives dan Indonesia – Kumpulan B
Sementara itu, Pengetua SMK Saujana, Muhamad Awang Teh berkata walaupun sekolahnya dikategorikan sekolah luar bandar tetapi masih mampu melahirkan dua pemain kriket bertaraf antarabangsa.
Beliau berkata, pihaknya tidak menolak kejayaan dua pemain itu yang dapat mengharungi nama sekolah adalah hasil bimbingan jurulatih, Kamarudin Husain yang dibantu oleh Hamir Halias. – nasionalkini.my
BERITA BERKAITAN