in ,

Salahuddin Ayub selesai jalani pembedahan – Saifuddin Nasution

WhatsApp Image 2023 07 22 at 1.15.01 PM
Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata dia telah diberikan taklimat oleh doktor pakar yang melakukan pembedahan terhadap Salahuddin di Hospital Sultanah Bahiyah, hari ini.

Aimi Isma

ALOR SETAR, 22 Julai – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KDN) Datuk Seri Salahuddin Ayub kini berada dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan di Hospital Sultanah Bahiyah, di sini, awal pagi tadi. 

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata dia telah diberikan taklimat ringkas oleh dua doktor pakar neurosurgeri yang melakukan pembedahan terhadap Salahuddin. 

“Saya telah diberikan taklimat dan relatifnya dia dianggap stabil. Sekarang, dia diletakkan di bawah pengawasan pasca pembedahan dan pengawasan rapi di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital ini. 

“Menteri Kesihatan juga telah memaklumkan perkembangan mengenai Salahuddin kepada jemaah menteri menerusi pesanan Whatsapp dan berharap rakan-rakan semua mendoakan dia kembali sihat,” katanya.

WhatsApp Image 2023 07 22 at 1.15.00 PM 2
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkongsi perkemabngan terkini Salahuddin Ayub selepas menjalani pembedahan di Hospital Sultanah Bahiyah, di sini, awal pagi tadi

Terdahulu beliau bersama beberapa rakan parti menziarahi Salahuddin di Hospital Sultanah Bahiyah.

Katanya, selepas pembedahan ini, Salahuddin akan dipantau dan diawasi secara cermat oleh doktor pakar. 

“Kita akan terus dapatan perkembangan rawatan keadaan beliau dan dalam istilahnya sekarang dia sedang diintubasi doktor sebut kadar oksigen, tekanan darah semuanya terkawal dan positif. 

“Saya harap semua pihak juga dapat memberi ruang kepada isteri dan anak-anak Salahuddin yang sedang berdepan dengan dugaan ini,” katanya.  – nasionalkini.my

WhatsApp Image 2023 07 16 at 6.41.54 PM

Bermula sebagai peminat, bekas pensyarah pilih buka Restoran Nasi Ayam Gemas

WhatsApp Image 2023 07 22 at 1.21.49 PM

Jadikan derma darah budaya, tanggungjawab sosial