in ,

Mohamad Sabu jalani pembedahan apendiks di Hospital Putrajaya, malam ini

MohamadSabu
Datuk Seri Mohamad Sabu menjalani pembedahan appendicitis (apendiks) pada Jumaat malam atas nasihat pakar perubatan.

KUALA LUMPUR, 16 Jun – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dimasukkan ke Hospital Putrajaya bagi menjalani pembedahan apendiks, malam ini.

Menurut kenyataan pejabat menteri, beliau perlu menjalani pembedahan segera itu dilakukan atas nasihat pakar perubatan.

“Kesihatan beliau kini dalam keadaan stabil dengan pemantauan rapi.

“Sama-sama kita doakan YB Datuk Seri diberikan kesembuhan dan pulih seperti sediakala,” katanya.

Bagaimanapun stas nasihat pihak hospital, hanya ahli keluarga terdekat yang dibenarkan melawat buat masa ini. – nasionalkini.my

azizul

Azizulhusni raih pingat emas atasi pencabar Jepun, Kaiya Ota

IMG 20230202 WA0014

Pertandingan Mengenal Burung Antarabangsa Bukit Fraser hari ini