BERMULA hanya dengan menjadi peminat Nasi Ayam Gemas, seorang pensyarah akhirnya memilih untuk membuka restoran berkenaan di Kuantan.
Idura Mat Ali, 39, berkata, pemilihan untuk membuka Restoran Nasi Ayam Gemas ini adalah kerana ia menyajikan menu warisan turun termurun selain sudah lama bertapak di Malaysia.
“Kelainan pada nasi ayamnya membuatkan kami terpanggil untuk membuka satu cawangan di bumi Kuantan.
“Kami sendiri bermula sebagai peminat dan akhirnya menjadi pemilik restoran menu warisan ini di Kuantan,” katanya ketika ditemui Nasional Kini hari ini.
Katanya, dia memberi sedikit inovasi dalam hidangan tanpa mengubah keaslian Nasi Ayam Gemas lagenda Pak Mus ini.
“Perniagaan Nasi Ayam Gemas Kuantan bermula pada Mac 2021 di Bandar Putra sebelum berpindah ke Jalan Besar pada Februari 2022.
“Pelanggan sangat menggemari hidangan taugeh rangup, sup kaki ayam untuk dimakan bersama nasi ayam. Kata mereka tidak lengkap kalau tak order bersama menu ini.
“Di samping itu, kudapan seperti wantan goreng, mini bun dan keropok lekor original Terengganu dan karipap panas juga sering menjadi pilihan para pelanggan,” katanya.
Sehubungan itu, beliau berharap restoran ini dapat diterima baik oleh penduduk Kuantan.
“Nasi Ayam Gemas ini mempunyai kekuatannya tersendiri di samping ia agak berbeza dari nasi ayam lain.
“Semoga perniagaan ini dapat menjadi suatu legasi yang akan diwarisi oleh anak-anak dan semoga perniagaan ini dapat menyumbang kebaikan kepada agama dan masyarakat,” katanya. – nasionalkini.my
Info
Waktu Perniagaan : 10.30 pagi hingga 5.30 petang
Tutup : Selasa
Untuk tempahan Whatsapp : 010-3821505
Instagram/Facebook : Nasi Ayam Gemas cawangan Kuantan