in ,

Salahuddin Ayub alami pendarahan otak

SalahuddinAyub
Datuk Seri Salahuddin Ayub disahkan mengalami pendarahan otak dan sedang menjalani pembedahan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.

KUALA LUMPUR, 22 Julai – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub disahkan mengalami pendarahan otak oleh doktor pakar.

Setiausaha Akhbar Menteri, Nur Syakirin Husnal dalam kenyataan pagi ini, memaklumkan,  Salahuddin kini sedang menjalani pembedahan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.

“Pihak keluarga Datuk Seri Salahuddin Ayub mengucapkan terima kasih atas semua doa, sokongan dan ingatan kepada beliau,” katanya.

Semalam, beliau mengadu tidak sihat m sebelum dikejarkan ke hospital kira-kira 10.15 malam selepas mengalami mual dan muntah-muntah.

Terdahulu beliau mengalami mual dan muntah-muntah dan tidak dapat menyertai program seperti yang dijadualkan.

Kata Nur Syakirin, perkembangan mengenai kesihatan Salahuddin akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. – nasionalkini.my

tun m klntn

Tun M buat penampilan pertama di pentas PN

tarmizei ismail

Diuji ketika di puncak kejayaan tidak patahkan semangat Tarmizie Ismail kembali bangkit