KOTA BHARU, 12 Mei – Rakyat Kelantan bakal menerima bekalan air bersih tidak lama lagi selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia mencari dana bagi menyelesaikan masalah tersebut.
Katanya, projek bekalan air yang lengkap dan bersih akan dilaksanakan secepat mungkin sekiranya kerajaan negeri memberikan kerjasama.
“Saya sudah mengadakan perbincangan bersama Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad.
“Hasil perbincangan itu telah dipersembahkan kebawah Duli Tuanku Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V,” katanya.

Terdahulu, beliau hadir Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV yang berlangsung meriah malam ini.
Lebih 15,000 pengunjung hadir ke majlis berkenaan dan pengunjung dilihat memenuhi kawasan Stadium Sultan Muhammad IV itu seawal 6 petang lagi.
Hadir sama ialah, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.
Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun itu berkata, isu air yang berlaku di Negeri Cik Siti Wan kembang itu bukanlah sesuatu yang baharu.
Tetapi, berlarutan sejak puluhan tahun lalu. – nasionalkini.my