in ,

Proklamasi Melayu hanya kelangsungan politik bukan pembangunan ekonomi yang diperlukan

Untitled design 3 1

KUALA LUMPUR, 13 Mei – Proklamasi Orang Melayu yang merupakan inisiatif terbaharu mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat sebagai naratif yang boleh mencetus polemik politik.

Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali berkata, usaha Tun Mahathir hanya bertujuan demi kelangsungan politik puak tertentu, bukannya pembangunan ekonomi yang diperlukan oleh segenap lapisan masyarakat Malaysia.

umar 1 removebg preview
Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali berkata, usaha Tun Mahathir hanya bertujuan demi kelangsungan politik puak tertentu

“Sebagai seorang Melayu dalam DAP, saya ingin memaklumkan bahawa saya tidak selesa dengan inisiatif Proklamasi Melayu tersebut. 

Saya juga masih tidak menandatangani Proklamasi tersebut yang diwujudkan atas talian selepas dilancarkan Mac lalu secara atas talian.

“Saya telah membacanya, namun tiada apa-apa yang saya lihat baharu dalam proklamasi tersebut. Mantra ‘Melayu hilang kuasa’ tidak lebih sekadar  naratif yang boleh mencetus polemik politik sepertimana ia dimainkan sejak dahulu lagi.”katanya dalam kenyataan, hari ini.

proklamasi
Tun Dr Mahathir Mohamad (tengah) bersama-sama Jawatankuasa Proklamasi Orang Melayu

Umar yang kini baharu dilantik Pengerusi Lembaga Perindustrian Nanas Negara (LPNM) mendakwa, Proklamasi Melayu tidak berbeza dari Kongres Maruah Melayu yang diadakan  ketika Tun  Mahathir menjadi Perdana Menteri di era kerajaan Pakatan Harapan.

“Jangan kita lupa, baru sekitar 4 tahun lalu Tun Mahathir mengetuai Kongres Maruah Melayu dan mendakwa ianya tidak politikal, tetapi kerajaan Pakatan Harapan akhirnya tumbang beberapa bulan sejurus selepas itu.

“Skrip yang cuba meletakkan kedudukan Melayu seolah-olah sedang diancam oleh kaum yang lain ini tidak akan membantu Melayu. Ia juga tidak membantu Malaysia keseluruhannya meskipun beberapa kali.” katanya.

Justeru, Umar menyeru Tun Mahathir  bersama-sama berganding bahu mengukuhkan agenda Melayu ini melalui kerangka Malaysia Madani hari ini.

Katanya, ini waktunya kita melihat Malaysia pulih dan kembali kuat di mata dunia.

“Elakkan persaingan. Bantulah Malaysia Madani untuk angkat martabat rakyat. Bukan sekadar Melayu yang menjadi tunjangnya, tetapi kaum-kaum lain yang turut menyumbang mengangkat nama Malaysia,” katanya. -nasionalkini.my

WhatsApp Image 2023 05 13 at 8.04.24 PM

Bersatu tangguh pemilihan parti, hadapi PRN

Screenshot 2023 05 13 214316

Wanita buat video kentut atas kapal TLDM mohon maaf