in

Nga Kor Ming terima ugutan

Gambar oleh Sinar Harian

MANJUNG, 7 Mac – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming menerima nota ugutan daripada individu tidak dikenali, pagi tadi.

Ugutan tertulis ‘Nga Kor Ming (Jangan cabar Islam)’ itu ditemui di hadapan rumah keluarga pemimpin DAP berkenaan di Ayer Tawar dekat sini, sekitar jam 7.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah berkata, laporan kejadian itu diterima daripada ibu mangsa berusia 76 tahun semasa wanita itu keluar dari rumah.

Menurutnya, didapati banyak kertas bertaburan di hadapan rumah mengandungi tulisan yang tertera perkataan dipercayai ‘mempunyai niat tidak baik’.

“Usaha mengesan individu terlibat sedang dilakukan.

“Punca kejadian masih belum diketahui setakat ini,” katanya lapor Sinar Harian.

Beliau berkata, kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana menakutkan secara jenayah melalui suatu komunikasi tanpa nama.– nasionalkini.my

Program Ambang Ramadan rai Saudara Baru

KL Rovers pilih Liga Singapura