in ,

Bersatu tangguh pemilihan parti, hadapi PRN

WhatsApp Image 2023 05 13 at 8.04.24 PM

KUALA LUMPUR 13 Mei – Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bersetuju supaya pemilihan bahagian dan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) kecuali cawangan ditangguhkan dalam tempoh 18 bulan bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri (PRN) yang dijangka diadakan dalam masa terdekat.

Perkara itu dinyatakan Setiausaha Agung parti itu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin selepas mesyuarat MPT yang dipengerusikan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin malam tadi.

Hamzah berkata, keputusan menangguhkan pemilihan itu terkandung dalam perlembagaan Bersatu fasal 14.15.

tangguh
Setiausaha Agung parti itu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin memaklumkan Bersatu bersetuju menangguhkan pemilihan peringkat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) dan bahagiannya sehingga 18 bulan bagi memberi ruang kepada persiapan untuk menghadapi pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri akan datang

“Bersatu telah bersedia sepenuhnya menghadapi PRN di enam negeri yang bakal berlangsung tidak berapa lama lagi.

“Keseluruhan kekuatan jentera parti diperkemaskan membabitkan kesemua negeri supaya menjadi ketumbukan yang ampuh,” katanya, dalam kenyataan hari ini.

Hamzah berkata, parti itu bersama Perikatan Nasional (PN) menzahirkan keyakinan tinggi memperoleh kemenangan besar dalam PRN nanti dengan mempertahankan Kelantan, Terengganu dan Kedah.

PRN melaka bendera PN 04
Perikatan Nasional (PN) menzahirkan keyakinan tinggi memperoleh kemenangan besar dalam PRN nanti

” Kita akan bekerja kuat bagi menawan Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang,” katanya.

Beliau juga menjemput orang ramai menghadiri Majlis Rumah Terbuka PN yang akan diadakan address pada 21 Mei ini di Dewan Raja Muda Musa, Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor di Seksyen 7, Shah Alam dekat sini bermula pukul 8 malam hingga 11 malam. – nasionalkini.my

Wan Saiful

PN mahu beri khidmat lebih baik daripada kerajaan hari ini

Untitled design 3 1

Proklamasi Melayu hanya kelangsungan politik bukan pembangunan ekonomi yang diperlukan