in

Wanita buat video kentut atas kapal TLDM mohon maaf

Screenshot 2023 05 13 214316
Tangkap layar video yang dihasilkan Eyda yang tular.

KOTA KINABALU  – Selepas dikecam dan dikritik teruk oleh nitizen, pengendali akaun TikTok dengan nama zuraidah_nasir yang menghasilkan video ‘kentut dalam kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)’ tampil memohon maaf.

Wanita yang dikenali sebagai Eyda itu berkata, video yang dihasilkan itu tidak berniat untuk mempersendakan pasukan TLDM sebaliknya sekadar perkongsian bahan di media sosial sebagai hiburan.

“Eyda dengan rendah hati memohon maaf kepada pihak TLDM berkenaan ‘konten’ yang tidak disengajakan dan tiada niat untuk merendahkan kekuatan aset TLDM.

“Saya berharap agar video tersebut turut dipadam agar tidak menimbulkan sebarang spekulasi dan perdebatan lagi di masa hadapan,” katanya dalam permohonan maaf di laman media sosial.

Terdahulu, video memaparkan seorang gadis ‘menceroboh’ masuk ke dalam sebuah kapal TUDM dan kentut pada sistem pembesar suara mencetuskan kemarahan orang ramai kerana dilihat mempersendakan pasukan itu.

Dalam perkongsian seorang pesara tentera bernama Fakhrin Tokai, video yang dipercayai dirakam di Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah itu disifatkan sebagai biadab dan tidak sepatutnya dihasilkan oleh rakyat negara ini sendiri tidak kira atas apa tujuan sekalipun.

Fakhrin berkata, tindakan itu bukan sahaja menghina aset dan pasukan TLDM bahkan tidak menghormati alat yang digunakan anggota tentera untuk laungan azan dan bacaan doa.

Screenshot 2023 05 13 215938
Wanita buat video kentut atas kapal TLDM mohon maaf 4
Screenshot 2023 05 13 214412
Wanita buat video kentut atas kapal TLDM mohon maaf 5

Sebahagian daripada tangkap layar video yang mempersendakan aset TUDM dipercayai dirakam di Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah.

Video yang juga tular di Twitter itu menerima pelbagai kritikan daripada pengguna;

@MatPiah : Sebagai bekas Warga ATM, saya mengecam sekeras-kerasnya perlakuan biadap ini dan memohon YBM @tokmatn9 dan pihak Kementerian Pertahanan @MINDEFMalaysia mengambil tindakan sewajarnya ke atas individu tersebut kerana mencemar nama baik TLDM

Bunny @rabbanihmzah : Lawak atau tak lawak saya harap pihak yang bertanggungjawab ambik tindakan yang sewajarnya ke atas perempuan ini. kalau tidak benda ni akan merebak kepada orang lain untuk melakukan hal yang sama.

STINKYMAN رجل نتن: Terikut ikut sgt dengan Perangai2 barat tu.

Viva la vee : @tokmatn9 @MINDEFMalaysia mohon cakna sekeras kerasnya isu memalukan , tak matang , kurang ajar , tiada unsur hormat , menjatuhkn martabat warga tentera terutamanya TLDM utk content tak wajar dan tak kelakar mcm ni . Mohon jgn dilayan pemohonan maaf semata dan kenakan tindakan keras.

Untitled design 3 1

Proklamasi Melayu hanya kelangsungan politik bukan pembangunan ekonomi yang diperlukan

ezgif.com webp to jpg 12

Peruntukan tambahan RM50 juta kepada mangsa banjir di Terengganu