in

Salah faham punca taklimat kewarganegaraan ditangguh

Andrew Chen Kah Eng

JOHOR BAHRU, 9 Jun – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stulang, Andrew Chen Kah Eng menjelaskan taklimat dan penerangan kewarganegaraan dianjurkan pihaknya bukan untuk membantu warga asing memohon kewarganegaraan.

Setiausaha DAP Johor itu sebaliknya menjelaskan, program itu bertujuan memberi penerangan, kesedaran dan pemahaman kepada warganegara Malaysia yang ahli keluarganya menghadapi ketiadanegaraan (statelessness).

“Merujuk kepada hantaran di media sosial saya pada 31 Mei, ia jelas menunjukkan tujuan program tersebut.

“Hanya apabila poster info grafik dan kapsyen dimuat naik sebelum ini dibaca berasingan oleh sesetengah pihak, ianya menimbulkan kekeliruan dari tujuan asal program taklimat kami.

“Program taklimat ini telah direncanakan bagi memberi pemahaman lebih jelas kepada golongan ini dalam berurusan dengan jabatan kerajaan berkaitan, terutamanya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Imigresen Malaysia dan lain-lain,” katanya mengikut laporan Sinar Harian.

Tegas Andrew Chen, pihaknya tidak sama sekali pernah bermaksud untuk menjanjikan status kewarganegaraan kepada sesiapa kerana perundangan berkaitan status ini jelas termaktub dalam perlembagaan negara dan proses yang telah ditetapkan oleh JPN juga wajib dipatuhi. – nasionalkini.my

Tiada tarikh tutup mohon Budi Madani

Perjalanan mencabar masuk China