in

PRN enam negeri pada 12 Ogos

Gambar hiasan

Putrajaya, 5 Julai – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan 12 Ogos sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri ke-15 serentak bagi enam negeri.

Sementara hari penamaan calon pula ditetapkan pada 29 Julai manakala hari pengundian awal ialah pada 8 Ogos ini.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, tempoh berkempen ditetapkan selama 14 hari bermula 29 Julai bagi semua calon dan parti politik bertanding hingga jam 11.59 malam, 11 Ogos.

Sidang media oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh selepas mesyuarat di Putrajaya, pagi tadi

“Urusan permohonan semua kategori undi pos luar negara dan dalam negara sudah dibuka bermula daripada 15 Jun lalu untuk PRN kali.

“Tarikh tutup permohonan adalah 26 Julai bagi kategori 1A membabitkan petugas pilihan raya, ahli atau pegawai SPR, anggota polis dan tentera serta petugas media,” katanya dalam sidang media di Menara SPR, Putrajaya. – nasionalkini.my

BERITA BERKAITAN

Mahathir, Muhyiddin bertemu malam tadi

54 ahli sindiket penipuan ditahan