in

SPR mesyuarat Rabu ini bincang tarikh PRN

IMG 20230601 195846 6 x 4 inch
Pembukaan permohonan undi pos lebih awal akan memberikan lebih banyak masa kepada pengundi dan lebih ramai yang layak dapat memohon sebagai pengundi dalam PRN nanti - Gambar hiasan

Oleh Adam Aariz

PUTRAJAYA, 3 Julai – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada Rabu ini bagi membincangkan tarikh PRN enam negeri.

Dalam kenyataan, SPR berkata mesyuarat diadakan di Putrajaya itu dipengerusikan Pengerusi SPR Abdul Ghani Salleh.

Mesyuarat itu turut menyentuh tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian, daftar pemilih yang akan digunakan dan lain-lain persiapan bagi melaksanakan pilihan raya tersebut.

“Satu sidang media akan diadakan sejurus selepas mesyuarat khas tersebut,”menurut kenyataan itu.

Pada PRU15, enam negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Terengganu, Kedah dan Kelantan tidak membubarkan DUN.

Enam negeri itu masing-masing membubarkan DUN pada Kelantan (22 Jun), Selangor (23 Jun), Kedah dan Pulau Pinang (28 Jun), Terengganu 30 Jun dan Negeri Sembilan (1 Julai). – nasionalkini.my

BERITA BERKAITAN

IMG 20230703 093028 800 x 500 pixel

Guru rugi RM30,000 rantai emas diragut

IMG 20230703 081418 800 x 500 pixel

FELDA bantu keluarga mangsa tragedi kepala air