in

RM420 juta kos untuk PRN

IMG 20230615 093923 800 x 500 pixel
Seramai 9,773,571 orang layak mengundi pada PRN kali ini - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 15 Jun – Kos bagi melaksanakan pilihan raya negeri (PRN) di Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu dan Kelantan dianggarkan berjumlah RM420 juta.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata demikian dalam jawapan bertulis disiarkan dalam laman web Parlimen, hari ini.

Beliau menjawab soalan dikemukakan Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (PN-Kubang Kerian) yang meminta Perdana Menteri menyatakan jumlah kos dijangka dibelanjakan dalam PRN di enam negeri terbabit.

PRN di enam negeri berkenaan dijangka akan berlangsung pada Ogos dengan Kelantan semalam mengumumkan 22 Jun ini sebagai tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

Sementara itu, Azalina berkata, semua pihak yang terlibat dalam PRN berkenaan perlu mematuhi peruntukan undang-undang di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5) serta undang-undang lain yang berkaitan pilihan raya. – nasionalkini.my

IMG 20230615 090028 800 x 500 pixel

Duit syiling, wang fizikal masih relevan

IMG 20230502 WA0005

Indeks utama kekal lemah