in

PM doakan Agong, Permaisuri peroleh haji mabrur

352540845 841421787339390 1248875573332371740 n
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan berbual bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Istana Negara, hari ini sebelum berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan haji

KUALA LUMPUR, 21 Jun – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan supaya Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah bersama Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah memperoleh haji mabrur dalam melaksanakan ibadah haji di Tanah Suci Mekah

Anwar berkata, beliau pagi tadi menghadiri Upacara Keberangkatan Yang Di Pertuan Agong, diiringi Raja Permaisuri Agong bersama Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah bagi menunaikan ibadah haji bermula hari ini hingga 2 Julai depan.

“Mendoakan semoga Tuanku sekalian memperoleh ibadah haji yang mabrur dan diberi kesihatan yang baik serta dilancarkan segala urusan ibadah haji di Tanah Suci Mekah,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya hari ini.

Yang di-Pertuan Agong, Permaisuri dan Pemangku Raja Pahang dijadual berada di Tanah Suci bermula hari ini hingga 2 Julai.

Kerajaan Arab Saudi mengumumkan hari Wukuf, hari kemuncak haji pada Selasa, 27 Jun, manakala Hari Raya Aidiladha disambut pada Rabu, 28 Jun. Umat Islam di Malaysia pula akan menyambut Aidiladha pada 29 Jun. – nasionalkini.my

WhatsApp Image 2023 06 21 at 10.57.03 AM 2

UMP dekati komuniti menerusi Program Kembara Prihatin

352568317 653738736793483 1818593825858881709 n

RM118 juta zakat diagih bantu 88,000 asnaf di Pahang