KUANTAN, 21 Jun – Sebanyak RM118 juta zakat telah diagihkan kepada 88,000 penerima yang layak di seluruh negeri ini sepanjang Januari hingga Mei lalu.
Pusat Zakat Pahang (PKZ) dalam satu hantaran di Facebook berkata, agihan zakat itu turut membabitkan bantuan bulanan sebanyak RM21.34 juta kepada 10,000 penerima.
“Selain itu seramai 7,000 penerima bantuan bulanan baucar barangan dengan jumlah RM6.55 juta dan 298 penerima menerima bantuan rawatan dialisis melibatkan jumlah RM1.49,” kata kenyataan itu.
PKZ juga turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pembayar zakat di Pahang. – nasionalkini.my