Oleh Yusuf Shafie
JEMPOL, 27 Julai – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan kementerian berkaitan membantu penoreh getah yang terkesan di seluruh negara.
Arahan berkenaan disampaikan dalam satu mesyuarat khas bersama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi, Kementerian Kewangan (MoF) dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).
“Semalam saya dapat pandangan daripada Felda, Kementerian Pertanian dan Komoditi dan Timbalan Perdana Menteri.
…kita minta MoF teliti semula bagaimana boleh kita bantu sementara penoreh getah yang hadapi masalah.
“Percayalah, saya tak berdiam diri, saya akan cari jalan untuk tambah lagi bantuan kepada pekebun kecil getah,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Karnival Segalanya Felda di Dataran Seri Jempol, Feldajaya Selatan, Felda Wilayah Raja Alias, Negeri Sembilan, di sini.
Hadir sama Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil dan Pengerusi Felda, Datuk Seri Shaberry Cheek. – nasionalkini.my