in

PERKESO bantu pekerja SATU

IMG 20230804 162036 800 x 500 pixel

SETIU, 4 Ogos – Penderitaan seorang kakitangan Syarikat Air Terengganu (SATU) yang terlantar akibat strok sejak lima bulan lalu mendapat perhatian Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Pengarah PERKESO Terengganu, Farihah Che Hussin berkata, Zulkifli Ab Ghani, 51, menerima bantuan segera berupa susu khas dan kerusi khas bagi pesakit terlantar.

“Kami segera meluluskan sebaik menerima borang permohonan pencarum PERKESO tersebut pada bulan lalu.

“Pemberian bantuan pemulihan tersebut berdasarkan syor doktor yang merawatnya,” katanya kepada KOSMO ketika menziarah Zulkifli di rumahnya di Kampung Bukit Merah, Chalok, di sini, hari ini.

Farihah (kiri) menyerahkan bantuan pemulihan PERKESO kepada Zulkifli di Kampung Bukit Merah, Chalok, Setiu hari ini – Gambar oleh PERKESO

Farihah berkata, Zulkifli yang merupakan kakitangan SATU cawangan Setiu turut akan dirujuk kepada persidangan jemaah doktor Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu pada 14 Ogos depan.

Jelas beliau, ia merupakan sebahagian prosedur bagi kelulusan permohonan ilat pencarum PERKESO tersebut.

“Dia yang sudah berkhidmat di SATU sejak tahun 1999 juga bakal menyertai program pemulihan di Pusat Rehabilitasi PERKESO Kuala Terengganu tidak lama lagi.

“Kami harap bantuan ini amat dapat meringankan beban keperluan Zulkifli dan keluarga,” katanya.- nasionalkini.my

IMG 20230804 160026 800 x 500 pixel

Peluang Arsenal balas dendam

IMG 20230804 174018 800 x 500 pixel

Tindakan tegas tanpa ‘pilih bulu’ jika langgar undang-undang