in

Yayasan Selangor salur RM467,000 untuk pelajar

Datuk Seri Amirudin Shari

SHAH ALAM, 27 Julai – Yayasan Selangor menyalurkan sejumlah RM467,000 kepada pelajar dan mahasiswa tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, dalam tempoh lima tahun bermula sejak 2018 Yayasan Selangor telah membantu seramai 23,093 pelajar yang mendapat tajaan dengan jumlah RM9.84 juta.

“Seramai 5,041 mahasiswa menerima pinjaman pendidikan dengan jumlah pinjaman yang dibiayai sebanyak RM25 juta,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook, lapor Sinar Harian.

Dalam pada itu, Amirudin turut berkongsi gambar ketika majlis penyampaian peruntukan kepada 93 sekolah dan bantuan komputer riba kepada pelajar yang memerlukan dalam melestarikan pembangunan pendidikan Selangor hari ini.

Peruntukan berkenaan diberikan melalui Program Tekad Pendidikan #KitaSelangor: Memberdaya Mahasiswa Berprestasi, Merealisasi Selangor Madani.- nasionalkini.my

WhatsApp Image 2023 07 27 at 8.00.31 PM

PM arah bantu penoreh getah

pn

PRN: Proklamasi Orang Melayu akan bantu PN capai kemenangan