in

Penjawat awam Melaka dapat RM300

IMG 20230623 014429 800 x 500 pixel
Gambar hiasan

AYER KEROH, 3 Ogos – Seramai 7,190 penjawat awam Melaka akan menerima Bantuan Khas Penghargaan berjumlah RM300 yang akan dikreditkan ke dalam akaun masing-masing menjelang 10 Ogos.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, berkata bantuan menerusi peruntukan khas berjumlah keseluruhan RM2.16 juta itu akan diagihkan kepada semua kakitangan perkhidmatan awam negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan badan berkanun negeri.

“Ini bagi menghargai semua penjawat awam di Melaka.

“Diharap dengan bantuan RM300 ini dapat memberi sedikit kegembiraan kepada mereka, sekali gus menetapi saranan kerajaan Persekutuan yang mahu setiap kerajaan negeri menyalurkan bantuan kepada penjawat awam di negeri masing-masing,” katanya.

Beliau ditemui selepas menyampaikan ucaptama pada majlis Perhimpunan Bulanan Kerajaan Negeri di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, hari ini, lapor BH.

Yang turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Zaidi Johari; EXCO Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Fairul Nizam Roslan serta EXCO Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan, Ngwe Hee Sem.

Pada 27 Julai lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada majlis peluncuran ‘Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat’ mengumumkan Bantuan Khas Penghargaan RM300 kepada penjawat awam dan RM200 untuk pesara kerajaan yang memanfaatkan 1.3 juta penjawat awam serta lebih sejuta pesara.- nasionalkini.my

IMG 20230803 171516 800 x 500 pixel

Misbun terima permohonan maaf Norza

IMG 20230803 175549 800 x 500 pixel

Dokumentari Jho Low ditayang di AS