KOTA BHARU, 6 Jun – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kelantan, Muhammad Husin, dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) yang baharu.
Pelantikan Muhammad Husin berkuat kuasa 15 Mei lalu, menggantikan penyandangnya, Datuk Kamaruddin Md Noor.
KADA menerusi Facebook, mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Muhammad di atas pelantikannya sebagai Pengerusi KADA yang baharu.
“Tahniah dan selamat menjalankan tugas diucapkan,” katanya. – nasionalkini.my