in

RSN Rayer gesa tarik balik pingat Tun daripada Dr Mahathir

RSN Rayer Bernama 281222 696x435 1
RSN Rayer

KUALA LUMPUR, 6 Jun – Seorang Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) daripada DAP, hari ini menggesa Kerajaan Perpaduan menarik balik darjah kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) yang dikurniakan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Berita Harian melaporkan, gesaan berkenaan dibuat supaya kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu menarik balik pingat terbabit dibuat RSN Rayer (PH-Jelutong) atas dakwaan tindakan bekas Ahli Parlimen Langkawi itu berterusan menyerang dan menghina institusi diraja.

“Kita lihat beliau (Dr Mahathir) melakukan Proklamasi Melayu dan mungkin akan bekerjasama dengan Pagoh (Tan Sri Muhyiddin Yassin) yang telah mengkhianati beliau, sebelum ini.

“Kedua-dua mereka ingin menghancurkan negara dan tidak mahu membenarkan Tambun (Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim) melaksanakan tugas menjaga kebajikan rakyat,” katanya.

Rayer berkata demikian ketika membahaskan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2021 buat pertama kali di Dewan Rakyat, hari ini.

Dr Mahathir pada Oktober 2003, dianugerahkan darjah kebesaran SMN Pangkat Pertama selepas melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun, menggantikan Tun Hussein Onn. – nasionalkini.my

352231536 1423902328355985 6799305517948761384 n

Pengerusi PH Kelantan dilantik Pengerusi KADA yang baharu

scam phone1 1665551071

Rugi RM524,800 ditipu skim pelaburan wang