in

Penerbangan ihsan bantu warga emas Orang Asli dapatkan rawatan

2219120

GUA MUSANG, 4 Jun – Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) melakukan penerbangan pemindahan perubatan (Medevac) bagi membantu seorang warga emas Orang Asli dari Kampung Tapai, Pos Hau, mendapatkan rawatan di Hospital Gua Musang, pada Sabtu.

Sinar Harian melaporkan, Pegawai Perhubungan Awam JBPM Pangkalan Udara Wilayah Utara Pulau Pinang, Penolong Penguasa Bomba Muhammad Akmaluddin Said berkata, pesakit Taran Alig, 70, diiringi anak perempuannya Ruzita Alang, 43, menaiki helikopter jenis Agusta Westland AW139 yang berlepas dari Pulau Pinang pada jam 10.25 pagi.

“Pesakit mengalami lelah, demam dan batuk yang berlarutan selama dua hari selain tidak boleh berjalan dan duduk.

“Pesakit diterbangkan ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang pada jam 11.56 pagi dan diserahkan kepada kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk proses seterusnya,” katanya dalam kenyataan hari ini. – nasionalkini.my

MohamedKhaled

Pendekkan tempoh pengajian kepada 3 tahun

NFFT juara futsal Marina Ketam Telur Masin