in

NFFT juara futsal Marina Ketam Telur Masin

Kejohanan futsal Marina Ketam Telur Masin yang julung kali diadakan menarik penyertaan 24 pasukan

KUANTAN, 4 Jun – Pasukan NFFT dari Kelantan muncul johan pertandingan futsal anjuran Marina Tomyam Seafood dengan kerjasama Court Soccer Tanjung Lumpur yang berlangsung di sini, hari ini.

Pengerusi penganjur, Muhammad Amirul Azhar berkata, penganjuran kejohanan itu bertujuan mempromosikan budaya hidup sihat dalam kalangan remaja yang terbabit secara aktif dalam sukan futsal.

Sebanyak 24 pasukan menyertai kejohanan julung kali dianjurkan itu.

Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang dilakukan ahli parlimen Kuantan, Wan Razali Wan Nor.

Pasukan NFFT dari Kelantan muncul juara pada pertandingan futsal anjuran Marina Tomyam Seafood dan Court Soccer Tanjung Lumpur, hari ini

Turut hadir pemilik Marina Tomyam Seafood, Isama Ae Lateh.

Johan menerima wang tunai RM600 dan hadiah iringan lain yang disediakan Court Soccer.

Pasukan Court Soccer Kuala Lumpur pula muncul naib johan dan menerima wang tunai RM450 dan hadiah iringan.

Pasukan Heret Ft B dari Pekan, Pahang pula mendapat tempat ketiga.

Sementara itu, Wan Razali dalam ucapan ringkasnya berharap lebih banyak kejohanan seumpama itu dianjurkan pada masa akan datang.

Bagi pemilik Marina Tomyam Seafood, Isama pula berkata, pihaknya sangat puas hati dengan penganjuran kali pertama kejohanan futsal itu dan berharap dapat meneruskan kerjasama dengan Court Soccer Tanjung Lumpur dalam program lain selepas ini. – nasionalkini.my

2219120

Penerbangan ihsan bantu warga emas Orang Asli dapatkan rawatan

trencrash 1685765965

PM zahir rasa sedih kemalangan kereta api di Odisha, India