in

Pekebun terjejas akibat kekurangan pekerja asing

WhatsApp Image 2023 06 03 at 17.35.33
Lim (tengah) dan Chan (kanan) menunjukkan buah jambu yang dikutip di kebunnya di Stulang Daeng, Bukit Rambai, Melaka.

Oleh Yusuf Shafie

MELAKA, 3 Jun – Faktor kekurangan tenaga buruh terutamanya dalam kalangan pekerja asing menyebabkan beberapa pekebun buah di negeri ini gagal menuai sepenuhnya hasil tanaman mereka sejak tiga tahun lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klebang, Datuk Lim Ban Hong berkata, itu masalah utama dilontarkan 11 pekebun kecil yang mengusahakan tanaman buah-buahan dan sayuran di kawasannya itu.

Menurutnya, masalah itu berpunca daripada kesukaran mendapatkan pekerja asing selepas perintah kawalan pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid-19 sejak 2020.

“Hari ini, saya bertemu dengan beberapa pekebun sayur dan buah yang mengutarakan masalah kesukaran mendapat pekerja asing selepas PKP sejak tiga tahun lalu.

“Ketika ini di DUN Klebang sahaja, terdapat 11 pengusaha kebun seluas 15 hektar yang mencari rezeki dengan tanaman tembikai, pisang, jagung, jambu, sayuran dan mangga,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke kebun jambu yang diusahakan Chan Teng Chay, 65, di Stulang Daeng, Bukit Rambai di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Lim berkata, beliau akan memanjangkan permasalahan itu ke Kementerian Sumber Manusia dan Jabatan Tenaga
Buruh (JTK) bagi membantu kumpulan pekebun kecil yang terjejas.

“Sementara itu, mungkin juga pekebun boleh memikirkan langkah lain untuk mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing dengan beralih kepada cara moden,” katanya.

Sementara itu Chan berkata masalah dihadapi itu menyebabkan dia tidak dapat memaksimumkan pengeluaran hasil di kebunnya seluas 3.23
hektar setiap minggu seperti sebelum ini.

“Dulu, waktu sebelum PKP saya mampu mengutip sekitar enam tan jambu seminggu, tapi kini kutipan hanya dapat sekitar satu tan sahaja kerana kekurangan pekerja asing,” katanya. – nasionalkini.my

WhatsApp Image 2023 06 03 at 17.07.04

Rombakan kabinet hanya kuasa PM – Fuziah

350998877 269888512268544 4438971297513279133 n

Makanan ternakan tidak termasuk skop pensijilan halal Jakim