in

Makanan ternakan tidak termasuk skop pensijilan halal Jakim

350998877 269888512268544 4438971297513279133 n

KUALA LUMPUR, 3 Jun – Pensijilan logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hanya memfokuskan kepada makanan manusia bukannya mencakupi skop makanan ternakan.

Penjelasan itu dibuat Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) susulan tular isu berkaitan status halal makanan ternakan untuk ayam yang ditulis oleh individu dikenali Dr Saari.

Menurut DVS, perkara yang dibangkitkan itu juga merupakan isu tahun 2007 dan telah dijawab oleh Jakim pada Jun 2016 lalu.

“DVS ingin menegaskan bahawa aktiviti pengilangan makanan ternakan ayam adalah tertakluk kepada Akta Makanan Haiwan 2009 yang mengawal selia kualiti makanan haiwan dengan mengawal pengimportan, pembuatan, penjualan dan penggunaan.

“Ia bagi memastikan bahawa makanan itu memenuhi keperluan nutrien bagi haiwan, tidak memudaratkan dan tidak tercemar supaya selamat untuk dimakan oleh manusia dan kegunaan lain serta bagi perkara-perkara yang bersampingan dengannya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru, DVS berharap dengan penjelasan yang diberikan dapat menghentikan sebaran yang tidak benar tersebut.

“Menurut semakan dengan Majlis Veterinar Malaysia (MVC), Dr Saari ini tidak mempunyai perakuan amalan tahunan semasa,” katanya.

WhatsApp Image 2023 06 03 at 17.35.33

Pekebun terjejas akibat kekurangan pekerja asing

ezgif.com webp to jpg 1

Erdogan angkat sumpah Presiden Turkiye, jangka umum barisan menteri Kabinet