in

Pejabat SUK Pahang yang baharu di KotaSAS akan beroperasi September depan

SUK
Pusat Pentadbiran Sultan Ahmad Shah (PPAS) yang menelan belanja sebanyak RM415.5 juta merupakan pusat pentadbiran baharu kerajaan negeri bagi menggantikan Wisma Sri Pahang yang telah digunakan sejak 1967.

PEKAN, 3 Julai  – Pusat Pentadbiran Sultan Ahmad Shah (PPSAS) di KotaSAS, Kuantan yang menempatkan Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri bakal beroperasi, September ini.

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pemindahan pejabat SUK itu akan dilakukan secara berperingkat dengan fasa pertama antara lain melibatkan pejabat pentadbiran tertinggi kerajaan negeri seperti pejabat Menteri Besar, Setiausaha Kerajaan Negeri dan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri.

“Kerja-kerja ke arah itu sedang giat dilaksanakan dan kita yakin semuanya berjalan mengikut jadual dan dapat disiapkan sebelum tarikh ditetapkan,” katanya .

Beliau yang juga ADUN Jelai turut memaklumkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah berkenan untuk menyempurnakan perasmian pusat pentadbiran itu pada 25 September ini.

PPAS yang menelan belanja sebanyak  RM415.5 juta merupakan pusat pentadbiran baharu kerajaan negeri bagi menggantikan Wisma Sri Pahang yang telah digunakan sejak 1967.

Kompleks pentadbiran itu dibangunkan dengan reka bentuk yang diilhamkan daripada jata negeri Pahang dengan mengaplikasikan teknologi hijau. – nasionalkini.my

penerangan

Tragedi kepala air: MB pertimbang tubuh jawatankuasa kenalpasti lokasi panas

tutup

Kawasan perkelahan Jeram Mawar ditutup