in

Kawasan perkelahan Jeram Mawar ditutup

tutup
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman berkata, penutupan sementara waktu dibuat bagi memastikan tiada lagi kejadian sama berulang dalam masa terdekat

Oleh: Mohammad Ishak

KUALA TERENGGANU, 3 Julai- Kerajaan Negeri menutup kawasan perkelahan Jeram Mawar di Air Putih, Kemaman bagi  mengelak dikunjungi orang ramai. 

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman  berkata, penutupan sementara waktu dibuat  bagi memastikan tiada lagi kejadian sama berulang dalam masa terdekat susulan tragedi kepala air membabitkan sepuluh mangsa dengan sembilan daripadanya sekeluarga.

Katanya, hujan lebat yang sering berlaku di kawasan hulu sangat berisiko menyebabkan berlakunya tragedi seumpama itu.

“Kita juga akan berbincang dengan pihak berkuasa apakah langkah keselamatan yang perlu diambil seterusnya selepas ini,” katanya.

Dalam kejadian Sabtu lalu, 10 individu dengan sembilan daripadanya sekeluarga berasal dari FELDA Lepar Hilir, Kuantan, Pahang yang berkelah di jeram itu, dihanyutkan arus deras kepala air.

Setakat ini, mayat sembilan mangsa tragedi itu telah ditemukan oleh pasukan penyelamat hasil operasi mencari yang dijalankan sejak semalam dengan jarak sehingga 20 kilometer dari lokasi kejadian. 

Bagaimanapun, hanya tiga identiti mangsa telah dikenalpasti manakala bakinya masih belum disahkan. 

Semalam, mayat dua mangsa, Azizah Eiyi, 40, dan anaknya, Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11, ditemui kira-kira pukul 12.45 dan 5 petang.

Terkini, mayat ketiga iaitu Muhammad Haziq Ziqree Karim, 6, ditemui berhampiran Kampung Teladas. – nasionalkini.my

SUK

Pejabat SUK Pahang yang baharu di KotaSAS akan beroperasi September depan

WhatsApp Image 2023 07 03 at 9.11.40 PM

Pusat sembelihan haram kotor, sisa darah ternakan dilepas ke anak sungai