in ,

Nelayan jual peralatan sumbangan kerajaan hanya dakwaan sahaja: Pengerusi LKIM

WhatsApp Image 2023 07 05 at 8.10.05 PM
Muhammad Faiz (tengah) menyampaikan bantuan peralatan menangkap ikan kepada nelayan sekitar Tumpat.

Aimy Maisarah

TUMPAT, 5 Julai – Tiada laporan diterima setakat ini berhubung nelayan menjual peralatan yang disumbangkan oleh kerajaan selepas pelaksanaan proses pemutihan. 

Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Muhammad Faiz Fadzil berkata, perkara berkenaan hanya dakwaan semata-mata dan tidak berlaku berikutan persatuan-persatuan nelayan di setiap negeri sentiasa memantau kemudahan yang disumbangkan bagi mengelakkan berlaku pelanggaran peraturan atau syarat yang ditetapkan.

“Sekiranya ada laporan nelayan yang didapati menjual bantuan ini, mereka  akan berdepan tindakan tertentu  termasuk pembatalan ahli. 

“Kesannya besar jika mereka tidak lagi menjadi ahli kerana tidak akan layak mendapat bantuan. Jadi  mereka perlu peka kepada perkara ini dan memanfaatkan peralatan yang disumbangkan,” katanya.

WhatsApp Image 2023 07 05 at 8.10.11 PM
Muhammad Faiz (tengah) menyampaikan bantuan peralatan menangkap ikan kepada nelayan sekitar Tumpat.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan slipway Geting, Tumpat yang telah dinaik taraf melibatkan kos RM741,300.

Slipway yang telah mula beroperasi pada Mei tahun lepas itu dapat menempatkan tiga buah bot pada satu masa dan akan memberi manfaat kepada lebih 70 vessel dan 1,300 orang nelayan sekitar Tumpat.

Dalam lawatan berkenaan, Muhammad Faiz turut menyampaikan insentif dan bantuan peralatan menangkap ikan kepada 50 nelayan dari Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Tumpat dan 50 lagi dari PNK Semerak yang melibatkan kos RM100,000.

Bantuan berkenaan merupakan dua unit enjin bot, 73 buah kotak ikan berinsulasi dan 74 unit pukat, bagi membantu meningkatkan pendapatan nelayan golongan B40. – nasionalkini.my

annuar mus removebg preview

Menteri diingat tidak melampui batas kuasa: Annuar Musa

WhatsApp Image 2023 07 05 at 20.23.54

[VIDEO] Maut dicekik abang kandung