in

[VIDEO] Maut dicekik abang kandung

WhatsApp Image 2023 07 05 at 20.23.54
Lokasi kejadian seorang kanak-kanak lelaki maut dipercayai dicekik sehingga mati oleh abang kandungnya di rumah keluarga mereka di Kampung Bukit Piatu Melaka tengah hari tadi.

Yusuf Shafie

MELAKA, 5 Julai – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun maut dipercayai dicekik oleh abang kandungnya di rumah keluarga mereka di Kampung Bukit Piatu di sini tengah hari tadi.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 12 tengah hari itu disedari ibu dua beradik berkenaan menerusi sistem kamera litar tertutup (CCTV) pada telefon bimbitnya sebelum meminta bantuan jirannya untuk membantu.

Saksi kejadian, Qhurun Ain Johani, 31, berkata, dia terkejut sebaik membuka pintu rumah mendapati remaja lelaki berkenaan sedang mencekik adiknya yang sudah kaku dengan muka yang sudah kebiruan.

“Saya segera menempis tangan abang mangsa yang langsung tidak melawan malah dalam keadaan seperti tidak sedar telah mencekik adik lelakinya itu.

“Selepas itu saya segera meminta bantuan jiran lain yang kemudian menghubungi ambulans,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian di sini malam ini.

WhatsApp Image 2023 07 05 at 20.23.55
Qhurun Ain Johani

Terdahulu, kejadian itu tular di media sosial mengenai seorang remaja lelaki berusia 14 tahun mencekik sehingga mati adik lelakinya di kampung berkenaan.

Bercerita lanjut suri rumah itu berkata, remaja lelaki berkenaan bukanlah seorang yang agresif malah berpewatakan baik kecuali pernah beberapa kali meracau sebelum ini.

“Daripada apa yang diceritakan penduduk kampung, remaja terbabit ada mengalami masalah dibuli di sekolah namun sudah baik setelah berubat,” katanya.

Sementara itu, setakat pukul 8.20 malam ini pihak polis masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung insiden malang itu. – nasionalkini.my

WhatsApp Image 2023 07 05 at 8.10.05 PM

Nelayan jual peralatan sumbangan kerajaan hanya dakwaan sahaja: Pengerusi LKIM

8

Jenazah mangsa kelapan tragedi kepala air akan kebumi malam ini berdekatan pusara ibu bapa