in

Yayasan Ikram laksana ibadah korban

IMG 20240620 092354 800 x 500 pixel
Gambar ihsan PKR Indera Mahkota

KUANTAN, 20 Jun – Kemeriahan sambutan Aidiladha turut dirasaikan komuniti nelayan di perkampungan nelayan Chengal Lempong, dekat Cherating.

Majlis korban itu diadakan pada Isnin lalu di jeti nelayan kampung berkenaan.

Ia dianjurkan secara sederhana oleh badan bukan kerajaan (NGO) Yayasan Ikram.

Gambar ihsan PKR Indera Mahkota

Hadir pada majlis berkenaan adalah wakil Yayasan Ikram, Zuraidi Ismail.

“Menunaikan amanah sebagai wakil kepada NGO Yayasan Ikram melaksanakan ibadah korban bersama rakan-rakan nelayan di Pengkalan Nelayan Chengal Lempong pada Hari pertama Raya Korban baru-baru ini.

” Alhamdulillah… moga amal korban diterima Allah SWT, ” kongsi Zuraidi di laman sosial Facebook.

Zuraidi berkata, daging korban itu diagihkan kepada petugas dan penduduk sekitar perkampungan berkenaan. – nasionalkini.my

IMG 20230812 110212 800 x 500 pixel

Isu BlackRock uji kredibiliti Anwar

IMG 20230626 135412 800 x 500 pixel

Statistik DOSM merisaukan