KUANTAN, 17 Jun – Acara bertaraf dunia anjuran Tourism Malaysia Pahang – Pertandingan Mengenal Burung Antarabangsa Bukit Fraser selama dua hari, bermula hari ini.
Pelbagai acara menarik seperti ‘Bird Talk’, pameran, pertandingan fotografi, ‘Guided Tours’ dan ‘Nightwalk’ akan diadakan sepanjang dua hari pertandingan.
Selain itu, turut diadakan adalah pertandingan mewarna, mencanting batik, ‘story night’ dan pelbagai lagi acara sampingan lain.
Acara akan dihadiri Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Pahang, Leong Yu Man dan Pengurus Besar Tourism Malaysia Pahang, Kamaruddin Ibrahim.
Terdapat tiga kategori untuk acara utama – pertandingan mengenal burung, iaitu advance, novice dan student.
“Namun begitu atas faktor cuaca dan nasihat Kementerian Pendidikan, acara untuk kategori ‘student’ terpaksa dibatalkan,” kata kenyataan media dikeluarkan Tourism Malaysia Pahang.
Pertandingan ini dijangka menarik penyertaan daripada peminat burung bukan sahaja dari dalam negara, tetapi dari negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan negara Eropah. – nasionalkini.my