in

Azizulhusni raih pingat emas atasi pencabar Jepun, Kaiya Ota

azizul
Datuk Azizulhasni Awang berjaya melepasi impian untuk meraih pingat emas ke-11 di Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) apabila mengatasi pencabar di pentas final dari Jepun

NILAI, 16 Jun –  Jaguh berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang berjaya melepasi impian untuk meraih pingat emas ke-11 di Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) apabila mengatasi pencabar di pentas final dari Jepun, Kaiya Ota pada edisi kali ini, yang berlangsung  di Velodrom Nasional, malam ini.

‘The Pocket Rocketman’ itu berjaya meraih emas dalam acara pecut individu, mencatat 9.924 saat (s) pada Perlumbaan 1 dan 9.828s di Perlumbaan 2 bagi mengatasi pemenang pingat perak di Piala Negara-Negara 2023 di Jakarta.

azizul 2
Pelumba berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang ketika berentap dengan pelumba Jepun, Ota Kaiya di Velodrom Nasional, Nilai  . Foto: Utusan Malaysia

Akuinya, Ota bukan calang-calang pelumba apatah lagi dengan reputasinya yang mampu memberikan saingan sengit kepada pemenang pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020, Harrie Lavreysen dari Belanda di Jakarta, Februari lalu.

“Perasaan memang bercampur baur dengan macam-macam dugaan sebelum ini,” 

Ini gelaran saya yang ke-11… terbanyak di Asia, status legenda,  macam tak percaya, ‘akhirnya aku berjaya juga buat’, saya memang mengimpikan sebelum ACC, dari Hong Kong (Piala Trek Antarabangsa Hong Kong), Sirkit Kebangsaan lagi untuk menang satu lagi pingat bagi menjamin status legasi saya.

“Sebelas pingat, bukan mudah tambahan pula sejak beberapa tahun sebelum ini, Asia ini sudah bertaraf Kejohanan Dunia… Jepun, Malaysia, China memang sudah berkelas dunia.

“Jadi (ACC) ini sudah seperti Kejohanan Dunia, cumanya tak ada Belanda saya. Jepun memang hebat dan secara keseluruhannya, saya gembira.”katanya katanya yang membuat penampilan terakhirnya di ACC sebelum dijadual bersara selepas Olimpik Paris 2024. – nasionalkini.my

doa selamat

Sultan Selangor, Raja Permaisuri Norashikin berangkat menunaikan ibadat haji minggu depan

MohamadSabu

Mohamad Sabu jalani pembedahan apendiks di Hospital Putrajaya, malam ini