in

Tiket masuk percuma ke Pusat Sains Negara, Planetarium Negara

209250 209230822429793 4638515 o
Pusat Sains Negara

Adam Aariz

PUTRAJAYA, 3 Julai: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menawarkan tiket masuk percuma ke Pusat Sains Negara (PSN) dan Planetarium Negara bagi tujuan pendidikan rasmi sekolah.

Menterinya, Chang Lih Kang ia bertujuan menjayakan dasar kerajaan mendekatkan sains dan teknologi kepada rakyat serta menyemai minat pelajar kepada subjek Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM).

“Saya percaya MOSTI juga memainkan peranan penting dalam menyokong pembelajaran STEM secara tidak formal (informal learning) melalui kemudahan Pusat Sains Negara dan juga Planetarium Negara.

“Diharap inisiatif ini akan dapat memupuk minat dalam kalangan pelajar sekolah khususnya terhadap bidang sains, teknologi dan inovasi (STI),” katanya dalam kenyataan.

Planetarium Negara kini dalam proses pembaikan untuk keselesaan pengunjung dijangka siap tidak lama dan akan dibuka semula kepada pengunjung pada Ogos ini.

Pengunjung PSN berpeluang ke galeri pameran bertema, termasuk pameran Obskura XR untuk meneroka teknologi realiti maya dan pameran zaman Encounter Dinosour mengenai fakta sains dan alam prasejarah.

Bagaimanapun, katanya, pameran dengan kerjasama rakan strategik luar ini tidak termasuk dalam tawaran tiket percuma kepada pelajar.

Di Planetarium Negara pula, MOSTI menyediakan pameran untuk pelajar meneroka pengalaman astronomi dan sains alam angkasa lepas yang kini menjadi sebahagian kegunaan kehidupan harian manusia di serata pelosok dunia.

Planetarium Negara menyediakan pelbagai galeri, sesi demonstrasi sains dan aktiviti untuk merangsang minat pengunjung kepada kehebatan ciptaan astronomi dan sains angkasa lepas. – nasionalkini.my

Ronald Kiandee Senate of Poland scaled

Ambil tindakan terhadap menteri halang tugas penjawat awam

c10273c7 1443 4d8b 862c 3b9af148497e

Mesin pengimbas Kastam di KLIA akan segera dibaiki – Ahmad Maslan