KUALA LUMPUR, 4 Julai – Terdapat ejen yang meminta sehingga RM18,000 untuk menyelesaikan kemasukan pelancong asing yang tidak memenuhi syarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Penemuan itu dikesan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatan awal berhubung insiden di balai ketibaan KLIA membabitkan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing dan pegawai Imigresen.
Ketika ini, SPRM juga sudah mengenal pasti seorang individu yang disyaki menjadi orang tengah dalam urusan ‘menyelesaikan’ kes membabitkan seorang pelancong asing.
“Suspek yang dikesan dikatakan tidak memenuhi syarat kemasukan ke negara ini sebagaimana ditetapkan Jabatan Imigresen.
“SPRM juga giat mengesan individu yang merupakan agen yang dikatakan meminta wang rasuah sebanyak RM18,000 bagi menyelesaikan kes terbabit,” katanya.
Sementara itu, Tan Sri Azam Baki, Ketua Pesuruhjaya SPRM ketika dihubungi BH mengesahkan kes itu disiasat mengikut Seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009. – nasionalkini.my
BERITA BERKAITAN