in ,

Melaka tak benarkan acara ‘ratu pondan’ – Exco

WhatsApp Image 2023 07 16 at 12.42.10 PM
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman

Oleh Yusuf Shafie

MELAKA, 16 Julai – Kerajaan negeri tidak akan membenarkan penganjuran malam ‘ratu pondan’ di sebuah hotel di negeri ini seperti yang tular sejak semalam.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman walaupun tiada permohonan dibuat penganjur setakat ini, pihaknya sudah mengenal pasti penganjur acara itu yang dijadual pada 23 Julai ini.

“Setakat ini memang tiada permohonan dibuat penganjur dan kita pun dapat tahu dari media sosial yang tular baru-baru ini. Apapun alasan mereka, kita tak benarkan program seumpama ini ‘mencemarkan’ Melaka.

“Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) juga akan memanggil penganjur pertandingan itu minggu hadapan bagi menjalankan siasatan lanjut,”katanya ketika ditemui nasionalkini.

Sejak semalam, tular klip video memaparkan Exco Pemuda UMNO, Mohd Asyraf Zainal mendedahkan poster penganjuran program malam ‘ratu pondan’ itu di sebuah hotel terkemuka di Melaka pada 23 Julai ini.

Dalam klip video 1 minit 45 saat itu, beliau menjelaskan acara itu juga pernah dianjurkan di luar negara termasuk Thailand selain sudah beberapa kali dianjurkan di Malaysia secara tertutup.

Susulan itu, jelasnya Pemuda UMNO sudah membuat satu laporan polis mengenainya selain turut diadukan kepada Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit mengesahkan menerima laporan berhubung penganjuran yang bakal dibuat itu.

“Setakat ini kita terima satu laporan dan pihak polis telah merujuk isu ini kepada JAIM untuk tindakan selanjutnya,”katanya. – nasionalkini.my

361344050 831394908350448 286317347759144454 n

Kibar Jalur Gemilang dengan penuh megah – Fahmi

WhatsApp Image 2023 07 16 at 1.22.50 PM

DJ Lin terharu dengan sokongan peminat