in

Kibar Jalur Gemilang dengan penuh megah – Fahmi

361344050 831394908350448 286317347759144454 n
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil ketika Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2023 yang berlangsung di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Raya di sini hari ini.

IPOH, 16 Julai – Semua pihak diseru supaya mengibarkan Jalur Gemilang bagi menunjukkan semangat cintakan negara, seterusnya memeriahkan Bulan Kebangsaan dan sambutan Hari Kebangsaan serta Hari Malaysia.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, rakyat di negara ini perlu mengibarkan Jalur Gemilang dengan penuh megah di mana-mana sahaja terutamanya di kediaman, premis perniagaan, bangunan kerajaan dan swasta serta kenderaan masing-masing.

“Pelbagai program dan aktiviti telah dirangka bagi mengisi takwim sepanjang Bulan Kebangsaan ini. Antaranya ialah program jualan harga patut, street soccer, pemeriksaan kesihatan percuma, pertandingan kenegaraan, pameran dan persembahan seni grafiti.

“Segala maklumat untuk menyertai program-program ini boleh didapati melalui media sosial Merdeka 360 dan platform-platform hebahan yang lain. Ayuh rakyat Malaysia, tunjukkan sokongan anda dengan menyertai program-program kenegaraan yang dianjurkan di seluruh negara,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2023 yang berlangsung di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Raya di sini hari ini.

Majlis pelancaran yang dijangka menggamit kira-kira 10,000 pengunjung itu dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof yang mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam pada itu, Fahmi berkata sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini dengan mengetengahkan konsep Karnival Kita MADANI berorientasikan “kepelbagaian dalam perpaduan” bersandarkan aspirasi Malaysia MADANI. – nasionalkini.my

553

Ribut tropika kuat dijangka landa 1,327 km barat laut Kudat

WhatsApp Image 2023 07 16 at 12.42.10 PM

Melaka tak benarkan acara ‘ratu pondan’ – Exco